“Ummi, bahu ku dipeluk dari
belakang dan satu ciuman hinggap di pipiku, alisyah sudah duduk di sebelahku
dan pantas merebahkan kepalanya di pangkuanku,bantal kecil yang ada disebelah
ku diambil dan dipeluknya.
“ummi ni, macam tak ada
perasaan je bila isyah cium ummi, are you ok mom”Tanya alisyah,
“ummi, okey,mak tok dengan
tok wan mana?tanyaku
“kat depan tu ambil angin
tok wan cakap.”
“ummi kereta sapa tu”
Kereta bengkel, orang
bengkel bagi ummi pinjam, Why?
“Nice, ummi esok jadi ke nak
bawak isyah pergi tengok wayang”
“jadilah , why”heran pula
aku dengan anak dara ni tiba-tiba banyak pula soalan yang ingin ditanyanya.
“no, mesti ummi banyak nak
pakai duit kan repair kereta tok ayah,so apa kata kita cancel jelah movie plan
kita tu”
“Are you sure, betul tak nak
tengok the smurfs”this its your favourite kartun , I;m asking you again, are
you sure “soal ku lagi.
“Memanglah nak tengok, tapi
isyah kesian kat ummi ialah ummi mesti nak pakai banyak duit nanti.
“Tak pe, movie plan ni ummi
dah asingkan duit dia,esok kita pergi ya”dahi alisyah ku cium lembut.
“Tq ummi, love you”
Aku dengan alisyah berbual
kosong , ialah waktu ni sajalah aku nak tahu perkembangan anak dara sorang ni,
segala aktiviti dia siang tadi,apa yang dia buat dan sebagainya. Kadang-kadang
ibu pun heran dengan aku dan alisyah ialah pasal siram pokok bunga, pasal pergi
kedai itu pun nak cerita kata ibu. Aku beritahu ibu sekurang-kurangnya aku tahu
apa yang alisyah buat dan alisyah pula mungkin dah terbiasa bila aku tak tanya
dia sendiri yang akan bercerita pada ku
aktiviti dia setiap siang hari.
“Isyah ambilkan atok air kat
dapur, haus pulak tekak atok ni lepas ambil angin kat luar.”ayah menyuruh
cucunya .
“Tok ayah je ke nak air, wan
ibu nak tak?”tanyanya, tak pelah isyah bawak jelah jug air tu kat sini
ya”pantas anak dara ku kedapur.
“hati-hati sayang”pesanku
Walaupun baru berumur enam tahun isyah dah boleh diharap, dan berdikari.
“kakak, kereta sapa yang
hang bawak balik tu”Tiba-tiba ibu bersuara, aku dah agak dah ibu mesti tak puas
hati dengan jawapan yang aku berikan masa aku sampai kat rumah maghrib tadi.
Nampak sangat kat muka ibu tu banyak soalan
“Tara… “Isyah menatang
dulang berisi cawan dan jug air siap ada buah lagi, “pandainya cucu atok ni tak
payah suruh dia dah buat”ayah memuji.
“tengoklah cucu sapa, cucu
Megat Ashari dan Wan Rahmah kan”jawab nya selamba
Sabar jelah aku dengan anak
dara sorang ni, bila bercakap mengalahkan orang dewasa tak sepadan dengan umur
tu baru enam tahun.
“Isyah pakai pisau
mana”terpancar sedikit kerisauan di wajah ibu,
“You don’t worie wan ibu,
isyah guna pisau isyah lah.
“Patut lama benar airnya
sampai rupanya ada menu lain”.
“Kenapa ni, ayah tengok kamu
macam ada masalah je qeela”Tanya ayah
Aku geleng kepala, aku tak
mahu ayah dengan ibu susah hati, dengan kedaan aku, biarkan aku selesaikan
sendiri.”
“Habis tu kenapa muka kamu
tu monyok je ibu tengok dari tadi, banyak ke kerosakan kereta ayah tu kakak,cuba
kamu beritahu kami”ibu pula bertanya.”
“Tak tahu lagi ibu,”jawab
“Kalau kamu nak pakai duit
kamu cakap kakak, jangan kamu diam dan pendam sendiri”
Beritahu kami”ayah pula
bersuara.
“Insyallah ayah cukup,
“jawabku ringkas.
“Tu lah kamu kakak, dah
berapa kali ayah suruh kamu beli kereta baru kamu tak mahu, kata kamu kereta
antik ayah ni elok lagi lah itu lah inilah, sekarang,kamu tengok”
“Ala dah nak rosak nak buat macam mana, kereta ayah tu
memang oklah ayah, tadi kakak tengok mekanik tu bawak kereta ayah selamba je
macam tak rosak apa-apa, “jelasku
“kamu ni kakak bila orang
cakap ada saja jawapannya,Cuma kamu dengar cakap ayah kamu ni sikit.”ibu
mencelah
Amboi bertalu-talu dah ni
serangan mental kearahku, ini tak boleh jadi macam ni. Ialah bila ayah dan ibu
dan melancarkan serangan bertalu aku hanya mampu diam je.
“Isyah jom sayang dah lewat
ni”aku mengajak isyah tidur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan