Jumaat, 30 Jun 2017

Rebah Ku Tanpa mu... Bab 2


       Rasa marah masih ada lagi dalam hatinya tika ini, ialah tak tahulah apa yang badluck nya hari ni, mula-mula dia terjumpa dengan ain bekas tunangnya yang curang dengan kawan baiknya sendiri, masa dalam perjalanan nak jumpa dengan klien boleh pulak terjumpa hanya tuhan saja yang tahu,perasaan dia hari ni, lepas tu boleh pulak bila dia dah sampai kat tempat yang dijanjikan klien batalkan appoiment ada benda urgent katanya, “apa kau ingat aku ni tak de kerja urgent ke, urmm bak kata orang tua-tua kata, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran, rasa macam nak sepak je sorang-sorang, tu yang bila berlaku kemalangan kecil tadi perempuan tu terus kena hamun dengan dia, kesian pun ada sebenarnya, memang dia tahu tak besar manapun calar kereta dia tu, tapi disebabkan syaitan nurrajim dah mula menakluki hati itu yang perempuan tu sia-sia kena sembur dengan dia. Masih terbayang lagi akan ke comelan perempuan tadi tu marah, rasa macam hatinya ada bunga-bunga kecil yang mula berkembang,opss apakah, oh tidak masih terlalu awal ye Rayyan, selidik dulu orangnya, tapi kenapa aku macam tak boleh buang wajah perempuan yang dia langgar tadi. Masih lagi tergiang-ngiang akan kata perempuan tadi di telingganya.Rasa tak sabar pulak nak tanya Fiq,macam mana keadaan kereta perempuan yang dia langgar tadi, dan perempuan tu nak ke bawak balik kereta kesayangan dia tu.
Selepas menelefon fiq dia terus ke cawangan di Ipoh, melihat perkembangan cawangan sana, tu yang tak sempat singgah kat bengkel HQ, tanya pasal minah tadi tu.
Boleh tahan juga mulut minah tadi tu, selamba badak je dia panggil aku mamat poyo, apa dia ingat aku tak dengar ke apa yang dia cakap tu, walaupun pelahan.
Dia yang menyuruh Rizman memberi pinjam kereta kepada perempuan tadi tu, ialah kalau tak de kereta macam mana minah tu nak pergi kerja,
Masa dia wassap ke rizman tadi macam2 ikon emoji yang keluar dari wasap rizman, betul ke tak aku nak bagi pinjam countryman aku tu,dan man apa lagi macam2 soklan yang di tanyanya, sampai aku sendiri payah nak jelaskannya.
Last sekali aku guna kuasa aku lah, aku wasap kat man,
“Sekarang tu kereta aku kereta kau,” baru man diam, kalau tak macam2 soklan maut keluar.
Sampai je kat rumah tadi sunyi sepi, so macam tak de je peluang nak tanya fiq pasal perempuan tadi tu.awal pulak adik sorangnya ni tidur, rasanya tak banyak pun kerja kat bengkel tu, lagipun Fiq cuma tolong apa yang patut je, sesekali je tolong repair yang kecil-kecil macam tukar minyak itam sevis aircond, dah itu bidang yang diambil nya kat sekolah dan university , minat katanya so buatlah, suruh kerja dengan walid tak nak nak juga kerja dengan abaang kesayangan ko ni, so buatlah kerja dari bawah,Masa  pratikal dia memang tak benarkan fiq buat pratikal dekat bengkel ni, sebulan juga fiq merajuk dengan dia, bukannya apa nanti fiq langsung tak belajar apa-apa, kalau buat pratikal kat bengkel ni, semuanya nanti akan di bantu atau dibuat oleh Fahim.
Usai mandi dan solat dia merebah diri ..fuhh leganya, mulanya tadi dia ingat nak tidur dekat bengkel je, tapi hati nya kuat betul suruh balik kerumah, Handphone di meja sisi di capai, mula-mula sekali dia melihat email, mana tahu ada rezeki masuk. Selesai semua baru dia melihat wasap-wasap yang dah beribu tak di baca, kebanyakkannya dari whatsap group, nak keluar group rasa macam rugi sebab kekadang kat situ ada rezeki terpijak., tiba-tiba dia melihat sesuatu dalam group family pak ajak..

Adik: Abang adik dah settle kan hal kakak qeela, dan dia dah pun selamat pulang
Adik : abang… ni bz ke
Ibu : kakak qeela?siapa abang jawab?
Adik : opss sori abang salah group ingat group bengkel
Abang long: waaa siapakah kakak qeela itu?”

Walid : tidur-tidur dah malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan