Jumaat, 30 Jun 2017

Rebahku tanpa mu bab 3

“Ummi, bahu ku dipeluk dari belakang dan satu ciuman hinggap di pipiku, alisyah sudah duduk di sebelahku dan pantas merebahkan kepalanya di pangkuanku,bantal kecil yang ada disebelah ku diambil dan dipeluknya.
“ummi ni, macam tak ada perasaan je bila isyah cium ummi, are you ok mom”Tanya alisyah,
“ummi, okey,mak tok dengan tok wan mana?tanyaku
“kat depan tu ambil angin tok wan cakap.”
“ummi kereta sapa tu”
Kereta bengkel, orang bengkel bagi ummi pinjam, Why?
“Nice, ummi esok jadi ke nak bawak isyah pergi tengok wayang”
“jadilah , why”heran pula aku dengan anak dara ni tiba-tiba banyak pula soalan yang ingin ditanyanya.
“no, mesti ummi banyak nak pakai duit kan repair kereta tok ayah,so apa kata kita cancel jelah movie plan kita tu”
“Are you sure, betul tak nak tengok the smurfs”this its your favourite kartun , I;m asking you again, are you sure “soal ku lagi.
“Memanglah nak tengok, tapi isyah kesian kat ummi ialah ummi mesti nak pakai banyak duit nanti.
“Tak pe, movie plan ni ummi dah asingkan duit dia,esok kita pergi ya”dahi alisyah ku cium lembut.
“Tq ummi, love you”
Aku dengan alisyah berbual kosong , ialah waktu ni sajalah aku nak tahu perkembangan anak dara sorang ni, segala aktiviti dia siang tadi,apa yang dia buat dan sebagainya. Kadang-kadang ibu pun heran dengan aku dan alisyah ialah pasal siram pokok bunga, pasal pergi kedai itu pun nak cerita kata ibu. Aku beritahu ibu sekurang-kurangnya aku tahu apa yang alisyah buat dan alisyah pula mungkin dah terbiasa bila aku tak tanya dia sendiri yang akan bercerita pada ku  aktiviti dia setiap siang hari.
“Isyah ambilkan atok air kat dapur, haus pulak tekak atok ni lepas ambil angin kat luar.”ayah menyuruh cucunya .
“Tok ayah je ke nak air, wan ibu nak tak?”tanyanya, tak pelah isyah bawak jelah jug air tu kat sini ya”pantas anak dara ku kedapur.
“hati-hati sayang”pesanku Walaupun baru berumur enam tahun isyah dah boleh diharap, dan berdikari.
“kakak, kereta sapa yang hang bawak balik tu”Tiba-tiba ibu bersuara, aku dah agak dah ibu mesti tak puas hati dengan jawapan yang aku berikan masa aku sampai kat rumah maghrib tadi. Nampak sangat kat muka ibu tu banyak soalan
“Tara… “Isyah menatang dulang berisi cawan dan jug air siap ada buah lagi, “pandainya cucu atok ni tak payah suruh dia dah buat”ayah  memuji.
“tengoklah cucu sapa, cucu Megat Ashari dan Wan Rahmah kan”jawab nya selamba
Sabar jelah aku dengan anak dara sorang ni, bila bercakap mengalahkan orang dewasa tak sepadan dengan umur tu baru enam tahun.
“Isyah pakai pisau mana”terpancar sedikit kerisauan di wajah ibu,
“You don’t worie wan ibu, isyah guna pisau isyah lah.
“Patut lama benar airnya sampai rupanya ada menu lain”.
“Kenapa ni, ayah tengok kamu macam ada masalah je qeela”Tanya ayah
Aku geleng kepala, aku tak mahu ayah dengan ibu susah hati, dengan kedaan aku, biarkan aku selesaikan sendiri.”
“Habis tu kenapa muka kamu tu monyok je ibu tengok dari tadi, banyak ke kerosakan kereta ayah tu kakak,cuba kamu beritahu kami”ibu pula bertanya.”
“Tak tahu lagi ibu,”jawab
“Kalau kamu nak pakai duit kamu cakap kakak, jangan kamu diam dan pendam sendiri”
Beritahu kami”ayah pula bersuara.
“Insyallah ayah cukup, “jawabku ringkas.
“Tu lah kamu kakak, dah berapa kali ayah suruh kamu beli kereta baru kamu tak mahu, kata kamu kereta antik ayah ni elok lagi lah itu lah inilah, sekarang,kamu tengok”
            “Ala dah nak rosak nak buat macam mana, kereta ayah tu memang oklah ayah, tadi kakak tengok mekanik tu bawak kereta ayah selamba je macam tak rosak apa-apa, “jelasku
“kamu ni kakak bila orang cakap ada saja jawapannya,Cuma kamu dengar cakap ayah kamu ni sikit.”ibu mencelah
Amboi bertalu-talu dah ni serangan mental kearahku, ini tak boleh jadi macam ni. Ialah bila ayah dan ibu dan melancarkan serangan bertalu aku hanya mampu diam je.

“Isyah jom sayang dah lewat ni”aku mengajak isyah tidur

Rebah Ku Tanpa mu... Bab 2


       Rasa marah masih ada lagi dalam hatinya tika ini, ialah tak tahulah apa yang badluck nya hari ni, mula-mula dia terjumpa dengan ain bekas tunangnya yang curang dengan kawan baiknya sendiri, masa dalam perjalanan nak jumpa dengan klien boleh pulak terjumpa hanya tuhan saja yang tahu,perasaan dia hari ni, lepas tu boleh pulak bila dia dah sampai kat tempat yang dijanjikan klien batalkan appoiment ada benda urgent katanya, “apa kau ingat aku ni tak de kerja urgent ke, urmm bak kata orang tua-tua kata, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran, rasa macam nak sepak je sorang-sorang, tu yang bila berlaku kemalangan kecil tadi perempuan tu terus kena hamun dengan dia, kesian pun ada sebenarnya, memang dia tahu tak besar manapun calar kereta dia tu, tapi disebabkan syaitan nurrajim dah mula menakluki hati itu yang perempuan tu sia-sia kena sembur dengan dia. Masih terbayang lagi akan ke comelan perempuan tadi tu marah, rasa macam hatinya ada bunga-bunga kecil yang mula berkembang,opss apakah, oh tidak masih terlalu awal ye Rayyan, selidik dulu orangnya, tapi kenapa aku macam tak boleh buang wajah perempuan yang dia langgar tadi. Masih lagi tergiang-ngiang akan kata perempuan tadi di telingganya.Rasa tak sabar pulak nak tanya Fiq,macam mana keadaan kereta perempuan yang dia langgar tadi, dan perempuan tu nak ke bawak balik kereta kesayangan dia tu.
Selepas menelefon fiq dia terus ke cawangan di Ipoh, melihat perkembangan cawangan sana, tu yang tak sempat singgah kat bengkel HQ, tanya pasal minah tadi tu.
Boleh tahan juga mulut minah tadi tu, selamba badak je dia panggil aku mamat poyo, apa dia ingat aku tak dengar ke apa yang dia cakap tu, walaupun pelahan.
Dia yang menyuruh Rizman memberi pinjam kereta kepada perempuan tadi tu, ialah kalau tak de kereta macam mana minah tu nak pergi kerja,
Masa dia wassap ke rizman tadi macam2 ikon emoji yang keluar dari wasap rizman, betul ke tak aku nak bagi pinjam countryman aku tu,dan man apa lagi macam2 soklan yang di tanyanya, sampai aku sendiri payah nak jelaskannya.
Last sekali aku guna kuasa aku lah, aku wasap kat man,
“Sekarang tu kereta aku kereta kau,” baru man diam, kalau tak macam2 soklan maut keluar.
Sampai je kat rumah tadi sunyi sepi, so macam tak de je peluang nak tanya fiq pasal perempuan tadi tu.awal pulak adik sorangnya ni tidur, rasanya tak banyak pun kerja kat bengkel tu, lagipun Fiq cuma tolong apa yang patut je, sesekali je tolong repair yang kecil-kecil macam tukar minyak itam sevis aircond, dah itu bidang yang diambil nya kat sekolah dan university , minat katanya so buatlah, suruh kerja dengan walid tak nak nak juga kerja dengan abaang kesayangan ko ni, so buatlah kerja dari bawah,Masa  pratikal dia memang tak benarkan fiq buat pratikal dekat bengkel ni, sebulan juga fiq merajuk dengan dia, bukannya apa nanti fiq langsung tak belajar apa-apa, kalau buat pratikal kat bengkel ni, semuanya nanti akan di bantu atau dibuat oleh Fahim.
Usai mandi dan solat dia merebah diri ..fuhh leganya, mulanya tadi dia ingat nak tidur dekat bengkel je, tapi hati nya kuat betul suruh balik kerumah, Handphone di meja sisi di capai, mula-mula sekali dia melihat email, mana tahu ada rezeki masuk. Selesai semua baru dia melihat wasap-wasap yang dah beribu tak di baca, kebanyakkannya dari whatsap group, nak keluar group rasa macam rugi sebab kekadang kat situ ada rezeki terpijak., tiba-tiba dia melihat sesuatu dalam group family pak ajak..

Adik: Abang adik dah settle kan hal kakak qeela, dan dia dah pun selamat pulang
Adik : abang… ni bz ke
Ibu : kakak qeela?siapa abang jawab?
Adik : opss sori abang salah group ingat group bengkel
Abang long: waaa siapakah kakak qeela itu?”

Walid : tidur-tidur dah malam

Rebah Ku Tanpa Mu...bab 1




Lama dia duduk dalam kereta , rasa terkejut belum lagi hilang.  Nafasnya masih lagi turun naik dengan laju. Dalam masa yang sama perasaan marah dan geram kepada pemandu yang melanggarnya sebentar tadi masih ada lagi. Masih tergiang-ngiang di telingganya akan kata-kata si pemandu tadi yang mana langsung tiada adab, harap muka je handsome tapi budi pekerti kelaut, marahnya dalam hati. Dah kereta ni nak rosak tengah jalan nak buat macam mana, jadi tak payahlan nak maki hamun dan hina bagai kereta ni, tahulah kereta kau tu cantik, besar sporty bagai ialah Subaru WRX tu model Subaru terkini, jadi tak payahlah kau hina kereta Proton Saga  ayah aku ni, Proton saga ayah aku ni kalau aku tukar enjin Mitsu 4G91power juga tau, pastu upgrade sikit silap-silap Subaru awak tu kalah tahu tak, sakit pulalah hati kita ni bila dihina-hina kereta antik ayah kita ni. Selamba badak je mamat poyo tu cakap “Hello kereta kau ni dah layak duduk dalam muzium je, kalau dah rasa tak boleh lagi nak jalan simpan je bawah rumah selimutkan aje”
” hello kau ingat ayah aku tak bayar roadtax , tak bayar insuran, sesedap rasa je dia bercakap, rasa macam nak lempang-lempang je mamat sekor ni, nasib baiklah kesabaran aku ni masih lagi tinggi dan masih tebal lagi, kalau tak memang lah petang ni minum petang kau dengan penampar lima aku ni.
“Maaflah encik, sekarang ni siapa yang langgar siapa, encik langgar saya ke, saya yang langgar encik,”ialah geram pulak aku dengan mamat poyo selenga ni, dari tadi memekak dan membebel, macam mak nenek, nenek aku yang dah tua tu pun tak membebel macam mamat poyo selenga ni.
“Memanglah saya yang langgar kereta awak tapi salah kereta awak kan, berhenti mengejut tengah jalan sapa suruh , ada saya suruh takkan.”
“”IShhhhhh!!!!, salah apanya pulak kereta saya ni, saya rasa saya dah nyalakan lampu kecemasah saya tu, haa.. tu hidup lagi kot lampu tu, encik tu yang bawak kereta ni berangan , sampai tak Nampak kereta depan bagi double signal, ke encik ni tak tahu undang-undang “geram pulak aku dengan mamat poyo ni budget macam bagus je.
“Hello , setakat kereta proton saga buruk awak ni, celah gigi je saya bayar tau”
“Kalau encik dah kata celah gigi encik je, so apa lagi bayarlah, celah gigi je pun kan”Meluap-luap pulak dah marah akuni sebenarnya dengan mamat ni.
“Habis kereta saya ni macam mana, calar kot, apa awak ingat cat kereta saya ni murah ke”
“Hello calar je ok, itu pun taklah Nampak sangat pun, dengan mata kasar , kereta aku ni kemek ok, macam manalah aku nak menjawab nanti, dahlah gaji lambat lagi. Eee dia boleh pulak sibuk calar kereta dia.
“ Macam nilah encik, kalau encik tak nak bayar tak pe lah , kita buat report je ye, sekurang-kurangnya saya boleh aje claim insuran, tapi encik bayarlah saman tu ye, sebab encik yang langgar saya kan “malas dah aku nak layan mamat poyo ni, buat sakit hati, buat sakit  jiwa.
“ la nak report buat apa kan saya kata saya bayar, urmm oklah awak bawaklah kereta awak dekat bengkel ni, satu kad nama di keluarkan dari beg duit nya.
“ Kad, je, aku ingat duit ke , encik macam mana saya nak pergi, kereta saya ni kan tak boleh hidup enjin dia”
“eee macam-macam lah awak ni, sekejap”
“Waalaikumussalam, fiq,ko kat mana , ok dah dekat tu, kau dating dekat sini sekejap, urmm sekejap lagi abang send location kat kau. Macam ni kat sini ada sebiji kereta proton saga antik.. sengaja dia tekankan percakapan antik tu, kau tolong tengokkan ,then kau bawak pergi bengkel, kau bawak dengan owner dia sekali tau, jangan kau tinggal kan owner dia kat sini pula, abang dah nak blah ni, kau jangan lamabt fiq , ok 15 minit sure kau sampai ok, waalaikumussalam”
“Sekejap lagi mekanik sampai , nanti dia bawak awak pergi bengkel, oh ni kad saya, , dekat situ ada no telefon saya, anything happen  awak boleh telefon saya,”Mamat poyo menghulurkan kad nama0
“urmm boleh pun cakap elok –elok dan sopan macam tu, barulah padan dengan muka awak yang handsome tu.
“Oklah saya gerak dulu, tak payah lah nak tenung sangat kad tu”
Rayyan Azim, sedap nama mamat poyo ni, handsome pun handsome, bujang ke laki orang ye, ishh sampai kesitu pikiornya ..
“Assalamualaikum,”satu suara menegurnya.
Atas bawah atas bawah aku pandang insan yang ada depan mata aku ni, ialah takut  juga aku dibuatnya karang orang jahat kea pa, tak ke naya aku, dah lah kawasan ni sunyi sepi je, sekarang ni baik lelaki atau perempuan semua kena berhati-hati.
“Awak ni siapa”tanyaku
“”Maaf kak, saya nak tengok kereta akak, tadi bos telefon suruh tengok kereta akak”Jelasnya.
“Ooooo,.. awak mekanik tu ke” ialah perempuan kot, tadi bukan aku dengar mamat poyo tu panggil fiq. Kompius aku, “Tapi tadi kalau tak salah saya dia bercakap dengan Fiq”jelasku , ialah takut juga aku.
“Oo sayalah fiq tu kak, nama saya Fiqah tapi abang suka panggil saya Fiq, sekejap ye saya tengok kereta akak dulu” lincah betul jari jemari halus tu  aku perhatikan  bermain dengan besi2 yang ada dalam enjin kereta tu, respect pulak aku dengan minah ni,1st time kot aku jumpa mekanik perempuan , cantik pulak tu.
“OK, kak cuba hidupkan enjin,arah Fiq”
“hidup.. urmm kereta akak ni kena bawak pergi bengkel ni, tadi abang Rayyan suruh bawa, urmm akak boleh drive auto tak”Tanya nya lembut.
“Boleh kenapa fiq”
Macam dah mesra pulak kan, ialah minah tu dah panggil kakak so kenalah aku beramah mesra kan.
“Akak, bawa, kereta saya tu, dia menunjuk ke arah minicooper countryman, kereta idamanku, biar betul aku bawak kereta minah ni,
“saya bawak kereta akak, nanti akak follow saya”arahnya lembut, macam tak percaya pulak aku minah ni mekanik kereta,ialah cantik, fotogenik sopan santun tu. Oklh , kak jom, abang Rayyan tak bagi akk tinggal sorang-sorang kat sini, tu yang saya Tanya akak boleh drive auto ke tak, kalau tak boleh kenalah saya call budak tarik kereta datang, amik kereta akak ni”
Aku mengikut fiq dari belakang, perh boleh tahan juga minah ni bawa kereta aku tu, macam tak de apa-apa kerosakan je aku tengok,akhirnya aku dengan fiq sampai disatu kawasan deretan k rumah kedai, mana bengkelnya ni, showroom adalah, pastu macam pusat servis kereta pun ada aku tengok , aku mengikut fiq masuk ke salah satu deretan rumah kedai tersebut, barulah aku Nampak suasana bengkel kereta, ialah berderet aku tengok kereta-kereta yang kemek yang pecah bagai ,tapi semuanya tersusun cantik dan kemas tak delah bersepah  macam bengkel-bengkel kereta yang selalu aku pergi. Dekat lantai aku tengok tiada langsung cairan minyak hitam bersepah, tiada nut atau pun skrew-skrew bersepah merata, tiada getah atau kabel yang berselirat semuanya tersusun, memang 5s betul bengkel ni, ialah setiap sudut di label dengan label-label tertentu mengikut keperluan dan alat tersebut, kemas cantik dan tersusun sejuk mata aku melihatnya.
Selesai meletakkan kereta aku disatu sudut yang tersedia aku tengok fiq masuk ke bilik yang bercermin di satu sudut bengkel, sekali sekala aku lihat fiq dengan sorang lagi tu memandang aku dengan senyum, apa  pulak ni, geram pulak aku di buatnya.
“Kak, kereta akak kena tinggal sini, banyak nak kena buat, abang man kata kena tinggal, dah siap nanti saya telefon akak,”lembut je suara minah ni.
“Tapi macam mana akak nak balik, kat sini mana tempat senang dapat teksi”ialah kereta kena tinggal kot, kompem-kompem kena balik dengan teksi kan,takkan nak suruh ayah jemput pulak, nak naik apa ayah jemput aku, takkan nak naik moto dia tu kot, kesian pulak aku dengan orang tua tu.
“Teksi! Nak buat apa kak”Tanya fiq,
“La.. tadi fiq kata kereta akak kena tinggal sini, so akak kena balik dengan teksi lah, takkan jalan kaki pulak, atau pun tidur sini,”jawabku
“akak ni buat lawak pulak, tapi kalau akak nak tidur sini boleh je, kat tinggat 4 bangunan ni ada bilik , Fiq selalu je tidur sini, tapi tak selalu lah kalau abang paan tak balik fiq tidur sinilah.
“Ish kesitu pulak budak kecik ni”
“Takdelah kak, fiq gurau je, takkanlah akak nak tidur sini kan, nanti tercari-cari pulak parent akak, lain lah Fiq ni hah””habis akak nak balik macam mana ni Fiq”tanyaku lagi.
“Nah, dia menghulurkan kunci kereta kepada ku, Kunci kereta apa pulak minah ni bagi kat aku ni, abang man yang kat dalam bilik tu suruh bagi akak kunci ni, akak guna kunci ni sampai kereta akak siap, ala akak nak pakai terus pun boleh kot”Fiq mengusik, ee minah ni siap senyum senyum lagi.
“Kereta sapa, “tanyaku
“kereta abanglah”ringkas je Fiq menjawab. Kak boleh saya tahu nama akak, ialah nak isi form ni,nanti tak tahu pulak owner kereta ni,”
“Putri Aqeela Saffiya binti Megat Ashaari “ Fiq panggil kak putri boleh,
“ee taknak lah putri, panggil kak qila je,jawabku.
“Ala boleh kak, fiq panggil kak puteri ye”rayunya
“ialah tapi jangan letak dalam form tu nama puteri ,”
“Ai-ai cip, “jawabnya
Hari ni aku bawak balik mini cooper countryman tu lagi, biar betul bengkel ni, berani-berani je bagi customer pakai kereta mewah, ke memang servis bengkel ni macam ni. What ever, janji aku boleh pergi kerja dengan tenang esok, lagi pun aku sayang kot kereta antik ayah tu, walaupun mini cooper countryman ni kereta idaman ku tapi kereta antik ayah juga tetap menjadi pujaan hati ku.
Telefon bimbit ku berdering-dering minta diangkat, dari tadi, kak telefon akak tu, angkatlah”
“Itu mesti ibu akaklah tu, sebab akak tak balik-balik lagi selalunya waktu macam ni akak dah balik dah, dan dah sampai rumah, tak pun Alisyah yang telefon,”jelasku.
“waalaikumussalam, hai sayang, ummi kat bengkel, ummi  eksiden sikit, but its okey you don’t wory my dear, kejap lagi ummi balik, but one more thing u don’t tell wan ibu dan tok ayah tau, sekejap lagi ummi balik, ia, ummi okey, dah solat asar belum,okey bye love to” pantas talian kumatikan dah agak dah mesti si kecil molek tu yang telefon.
“Okey lah fiq akak balik dulu ya, betul ya bengkel bagi akak pinjam kereta mini cooper tu, kereta mahal kot, takde ke kancil ke myvi ke tak pun kereta-kereta lain yang murah, takkan mini cooper kot”aku sebenarnya macam tak percaya pulak bila bengkel bagi pinjam kereta mini cooper countryman ni kat aku.
“betullah kak,abang man bagi kunci ni kat saya,takkan akak nak pakai cik mira elsix saya tu, fiq menunjukkan kereta kancil coklat  tuxedo bertopeng,dihujung bengkel,perh biar betul minah ni ,

‘ish lagi akak tak berani, bawak kereta tu,”aku mengeleng kepala
“baru ranggi kak puteri”dia mengusik ku.
Okylah akak gerak dulu nanti kalau dah siap kereta antik akak tu fiq telefon ya, bukan apa seram juga kalau pakai lama kereta orang ni,
“ok tuan puteri patik yang hina akan menghubungi tuan puteri bila kereta tuan puteri dah siap ya”fiqa mengusik Aqeela.

“ee budak ni orang betul-betul dia main-main pula,enjin kereta ku hidupkan, ialah lagi dilayan karang lagi menjadi si fiqah ni.


Rindu


Rabu, 29 Mac 2017

Pertama Kali by Nisha



Pertama kali,
Kukenalkan dirimu,
Betapa indahnya bila kau senyum..
.
Pertama kali,
Kurapatkan denganmu,
baru ku tahu kau amat bermakna padaku..
.
Aku tahu...
Kau sudah berpunya...
Tapi ku sanggup menunggu selamanya.
.
Hingga kini aku menanti...
Mengapa sikit pun engkau 
tidak mengerti...
,,,
Mengapa kini..
Kau berubah hati...
Aku disini tetap akan menanti...
...
Puasku rayu, 
Puas memujuk,
Kau tetap dengan egomu,
tuk meninggalkan ku.
.
Waktu Kau rapuh,
Aku yang kau tuju,
Bila ku merindu,
Kau pergi menjauh.
.
Pertama kali,
Kukenalkan dirimu,
Betapa indahnya bila kau senyum.
Aku tahu,
Ku bukan pilihanmu,
Tapi ku tahu 
Ku hanya cinta kamu...
Pertama Kali 
Aku Dilukai....




Selasa, 28 Mac 2017

andai tiada cinta dihatimu

Sayang,
Seandainya tiada lagi cinta dihatimu
izinkanlah aku pergi dari sisimu
Andai tiada lagi rindu
Biarkanlah aku berlalu dalam hidupmu
Andai tiada lagi sayang dijiwa
Biarkanlah aku hilang dari pandanganmu
buat selamanya.


Cikmiramira 2017.
28/03/2017

Bicara kecilku

Saat aku mendengar lafaz akad mu air mata syukur mengalir tanpa dipaksa, sesunguhnya tika itu telah ku serahkan segala jiwa dan ragaku untukmu kasihku., telah ku buang segala kenangan yang lalu.
Saat ini aku belajar untuk menyanyangimu telah kutanam dan sematkan dalam hati ku ini hanya kaulah yang sentiasa ada dalam hati ini.