Jumaat, 30 Jun 2017

Rebah Ku Tanpa Mu...bab 1




Lama dia duduk dalam kereta , rasa terkejut belum lagi hilang.  Nafasnya masih lagi turun naik dengan laju. Dalam masa yang sama perasaan marah dan geram kepada pemandu yang melanggarnya sebentar tadi masih ada lagi. Masih tergiang-ngiang di telingganya akan kata-kata si pemandu tadi yang mana langsung tiada adab, harap muka je handsome tapi budi pekerti kelaut, marahnya dalam hati. Dah kereta ni nak rosak tengah jalan nak buat macam mana, jadi tak payahlan nak maki hamun dan hina bagai kereta ni, tahulah kereta kau tu cantik, besar sporty bagai ialah Subaru WRX tu model Subaru terkini, jadi tak payahlah kau hina kereta Proton Saga  ayah aku ni, Proton saga ayah aku ni kalau aku tukar enjin Mitsu 4G91power juga tau, pastu upgrade sikit silap-silap Subaru awak tu kalah tahu tak, sakit pulalah hati kita ni bila dihina-hina kereta antik ayah kita ni. Selamba badak je mamat poyo tu cakap “Hello kereta kau ni dah layak duduk dalam muzium je, kalau dah rasa tak boleh lagi nak jalan simpan je bawah rumah selimutkan aje”
” hello kau ingat ayah aku tak bayar roadtax , tak bayar insuran, sesedap rasa je dia bercakap, rasa macam nak lempang-lempang je mamat sekor ni, nasib baiklah kesabaran aku ni masih lagi tinggi dan masih tebal lagi, kalau tak memang lah petang ni minum petang kau dengan penampar lima aku ni.
“Maaflah encik, sekarang ni siapa yang langgar siapa, encik langgar saya ke, saya yang langgar encik,”ialah geram pulak aku dengan mamat poyo selenga ni, dari tadi memekak dan membebel, macam mak nenek, nenek aku yang dah tua tu pun tak membebel macam mamat poyo selenga ni.
“Memanglah saya yang langgar kereta awak tapi salah kereta awak kan, berhenti mengejut tengah jalan sapa suruh , ada saya suruh takkan.”
“”IShhhhhh!!!!, salah apanya pulak kereta saya ni, saya rasa saya dah nyalakan lampu kecemasah saya tu, haa.. tu hidup lagi kot lampu tu, encik tu yang bawak kereta ni berangan , sampai tak Nampak kereta depan bagi double signal, ke encik ni tak tahu undang-undang “geram pulak aku dengan mamat poyo ni budget macam bagus je.
“Hello , setakat kereta proton saga buruk awak ni, celah gigi je saya bayar tau”
“Kalau encik dah kata celah gigi encik je, so apa lagi bayarlah, celah gigi je pun kan”Meluap-luap pulak dah marah akuni sebenarnya dengan mamat ni.
“Habis kereta saya ni macam mana, calar kot, apa awak ingat cat kereta saya ni murah ke”
“Hello calar je ok, itu pun taklah Nampak sangat pun, dengan mata kasar , kereta aku ni kemek ok, macam manalah aku nak menjawab nanti, dahlah gaji lambat lagi. Eee dia boleh pulak sibuk calar kereta dia.
“ Macam nilah encik, kalau encik tak nak bayar tak pe lah , kita buat report je ye, sekurang-kurangnya saya boleh aje claim insuran, tapi encik bayarlah saman tu ye, sebab encik yang langgar saya kan “malas dah aku nak layan mamat poyo ni, buat sakit hati, buat sakit  jiwa.
“ la nak report buat apa kan saya kata saya bayar, urmm oklah awak bawaklah kereta awak dekat bengkel ni, satu kad nama di keluarkan dari beg duit nya.
“ Kad, je, aku ingat duit ke , encik macam mana saya nak pergi, kereta saya ni kan tak boleh hidup enjin dia”
“eee macam-macam lah awak ni, sekejap”
“Waalaikumussalam, fiq,ko kat mana , ok dah dekat tu, kau dating dekat sini sekejap, urmm sekejap lagi abang send location kat kau. Macam ni kat sini ada sebiji kereta proton saga antik.. sengaja dia tekankan percakapan antik tu, kau tolong tengokkan ,then kau bawak pergi bengkel, kau bawak dengan owner dia sekali tau, jangan kau tinggal kan owner dia kat sini pula, abang dah nak blah ni, kau jangan lamabt fiq , ok 15 minit sure kau sampai ok, waalaikumussalam”
“Sekejap lagi mekanik sampai , nanti dia bawak awak pergi bengkel, oh ni kad saya, , dekat situ ada no telefon saya, anything happen  awak boleh telefon saya,”Mamat poyo menghulurkan kad nama0
“urmm boleh pun cakap elok –elok dan sopan macam tu, barulah padan dengan muka awak yang handsome tu.
“Oklah saya gerak dulu, tak payah lah nak tenung sangat kad tu”
Rayyan Azim, sedap nama mamat poyo ni, handsome pun handsome, bujang ke laki orang ye, ishh sampai kesitu pikiornya ..
“Assalamualaikum,”satu suara menegurnya.
Atas bawah atas bawah aku pandang insan yang ada depan mata aku ni, ialah takut  juga aku dibuatnya karang orang jahat kea pa, tak ke naya aku, dah lah kawasan ni sunyi sepi je, sekarang ni baik lelaki atau perempuan semua kena berhati-hati.
“Awak ni siapa”tanyaku
“”Maaf kak, saya nak tengok kereta akak, tadi bos telefon suruh tengok kereta akak”Jelasnya.
“Ooooo,.. awak mekanik tu ke” ialah perempuan kot, tadi bukan aku dengar mamat poyo tu panggil fiq. Kompius aku, “Tapi tadi kalau tak salah saya dia bercakap dengan Fiq”jelasku , ialah takut juga aku.
“Oo sayalah fiq tu kak, nama saya Fiqah tapi abang suka panggil saya Fiq, sekejap ye saya tengok kereta akak dulu” lincah betul jari jemari halus tu  aku perhatikan  bermain dengan besi2 yang ada dalam enjin kereta tu, respect pulak aku dengan minah ni,1st time kot aku jumpa mekanik perempuan , cantik pulak tu.
“OK, kak cuba hidupkan enjin,arah Fiq”
“hidup.. urmm kereta akak ni kena bawak pergi bengkel ni, tadi abang Rayyan suruh bawa, urmm akak boleh drive auto tak”Tanya nya lembut.
“Boleh kenapa fiq”
Macam dah mesra pulak kan, ialah minah tu dah panggil kakak so kenalah aku beramah mesra kan.
“Akak, bawa, kereta saya tu, dia menunjuk ke arah minicooper countryman, kereta idamanku, biar betul aku bawak kereta minah ni,
“saya bawak kereta akak, nanti akak follow saya”arahnya lembut, macam tak percaya pulak aku minah ni mekanik kereta,ialah cantik, fotogenik sopan santun tu. Oklh , kak jom, abang Rayyan tak bagi akk tinggal sorang-sorang kat sini, tu yang saya Tanya akak boleh drive auto ke tak, kalau tak boleh kenalah saya call budak tarik kereta datang, amik kereta akak ni”
Aku mengikut fiq dari belakang, perh boleh tahan juga minah ni bawa kereta aku tu, macam tak de apa-apa kerosakan je aku tengok,akhirnya aku dengan fiq sampai disatu kawasan deretan k rumah kedai, mana bengkelnya ni, showroom adalah, pastu macam pusat servis kereta pun ada aku tengok , aku mengikut fiq masuk ke salah satu deretan rumah kedai tersebut, barulah aku Nampak suasana bengkel kereta, ialah berderet aku tengok kereta-kereta yang kemek yang pecah bagai ,tapi semuanya tersusun cantik dan kemas tak delah bersepah  macam bengkel-bengkel kereta yang selalu aku pergi. Dekat lantai aku tengok tiada langsung cairan minyak hitam bersepah, tiada nut atau pun skrew-skrew bersepah merata, tiada getah atau kabel yang berselirat semuanya tersusun, memang 5s betul bengkel ni, ialah setiap sudut di label dengan label-label tertentu mengikut keperluan dan alat tersebut, kemas cantik dan tersusun sejuk mata aku melihatnya.
Selesai meletakkan kereta aku disatu sudut yang tersedia aku tengok fiq masuk ke bilik yang bercermin di satu sudut bengkel, sekali sekala aku lihat fiq dengan sorang lagi tu memandang aku dengan senyum, apa  pulak ni, geram pulak aku di buatnya.
“Kak, kereta akak kena tinggal sini, banyak nak kena buat, abang man kata kena tinggal, dah siap nanti saya telefon akak,”lembut je suara minah ni.
“Tapi macam mana akak nak balik, kat sini mana tempat senang dapat teksi”ialah kereta kena tinggal kot, kompem-kompem kena balik dengan teksi kan,takkan nak suruh ayah jemput pulak, nak naik apa ayah jemput aku, takkan nak naik moto dia tu kot, kesian pulak aku dengan orang tua tu.
“Teksi! Nak buat apa kak”Tanya fiq,
“La.. tadi fiq kata kereta akak kena tinggal sini, so akak kena balik dengan teksi lah, takkan jalan kaki pulak, atau pun tidur sini,”jawabku
“akak ni buat lawak pulak, tapi kalau akak nak tidur sini boleh je, kat tinggat 4 bangunan ni ada bilik , Fiq selalu je tidur sini, tapi tak selalu lah kalau abang paan tak balik fiq tidur sinilah.
“Ish kesitu pulak budak kecik ni”
“Takdelah kak, fiq gurau je, takkanlah akak nak tidur sini kan, nanti tercari-cari pulak parent akak, lain lah Fiq ni hah””habis akak nak balik macam mana ni Fiq”tanyaku lagi.
“Nah, dia menghulurkan kunci kereta kepada ku, Kunci kereta apa pulak minah ni bagi kat aku ni, abang man yang kat dalam bilik tu suruh bagi akak kunci ni, akak guna kunci ni sampai kereta akak siap, ala akak nak pakai terus pun boleh kot”Fiq mengusik, ee minah ni siap senyum senyum lagi.
“Kereta sapa, “tanyaku
“kereta abanglah”ringkas je Fiq menjawab. Kak boleh saya tahu nama akak, ialah nak isi form ni,nanti tak tahu pulak owner kereta ni,”
“Putri Aqeela Saffiya binti Megat Ashaari “ Fiq panggil kak putri boleh,
“ee taknak lah putri, panggil kak qila je,jawabku.
“Ala boleh kak, fiq panggil kak puteri ye”rayunya
“ialah tapi jangan letak dalam form tu nama puteri ,”
“Ai-ai cip, “jawabnya
Hari ni aku bawak balik mini cooper countryman tu lagi, biar betul bengkel ni, berani-berani je bagi customer pakai kereta mewah, ke memang servis bengkel ni macam ni. What ever, janji aku boleh pergi kerja dengan tenang esok, lagi pun aku sayang kot kereta antik ayah tu, walaupun mini cooper countryman ni kereta idaman ku tapi kereta antik ayah juga tetap menjadi pujaan hati ku.
Telefon bimbit ku berdering-dering minta diangkat, dari tadi, kak telefon akak tu, angkatlah”
“Itu mesti ibu akaklah tu, sebab akak tak balik-balik lagi selalunya waktu macam ni akak dah balik dah, dan dah sampai rumah, tak pun Alisyah yang telefon,”jelasku.
“waalaikumussalam, hai sayang, ummi kat bengkel, ummi  eksiden sikit, but its okey you don’t wory my dear, kejap lagi ummi balik, but one more thing u don’t tell wan ibu dan tok ayah tau, sekejap lagi ummi balik, ia, ummi okey, dah solat asar belum,okey bye love to” pantas talian kumatikan dah agak dah mesti si kecil molek tu yang telefon.
“Okey lah fiq akak balik dulu ya, betul ya bengkel bagi akak pinjam kereta mini cooper tu, kereta mahal kot, takde ke kancil ke myvi ke tak pun kereta-kereta lain yang murah, takkan mini cooper kot”aku sebenarnya macam tak percaya pulak bila bengkel bagi pinjam kereta mini cooper countryman ni kat aku.
“betullah kak,abang man bagi kunci ni kat saya,takkan akak nak pakai cik mira elsix saya tu, fiq menunjukkan kereta kancil coklat  tuxedo bertopeng,dihujung bengkel,perh biar betul minah ni ,

‘ish lagi akak tak berani, bawak kereta tu,”aku mengeleng kepala
“baru ranggi kak puteri”dia mengusik ku.
Okylah akak gerak dulu nanti kalau dah siap kereta antik akak tu fiq telefon ya, bukan apa seram juga kalau pakai lama kereta orang ni,
“ok tuan puteri patik yang hina akan menghubungi tuan puteri bila kereta tuan puteri dah siap ya”fiqa mengusik Aqeela.

“ee budak ni orang betul-betul dia main-main pula,enjin kereta ku hidupkan, ialah lagi dilayan karang lagi menjadi si fiqah ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan